Posts

Showing posts from 2014

Cukup

Jalan yang aku pilih ini membutuhkan aku untuk selalu bertahan walau sejengkal.waima secubit. Bukan sahaja bertahan dengan nafsu diri.tetapi bertahan dengan watak sekeliling. Tipulah kalau diri ini tak pernah rasa dihimpit dan dibelit perasaan sukar. Perasaan yang terkadang sukar dimengerti. Terkadang tidak mengerti juga aku dengan diri sendiri. Watak yang aku lakonkan ini terkadang bukan dari pilihan hati. Aku tak minta untuk rasa terpinggir. Tetapi keadaan sekeliling seolah olah memaksa aku untuk lari dari surrounding yang aku anggap suatu disaster. Aku akan menangis kalau terus berdiam. Aku akan makan hati kalau sedikitpun tiada anjakan Lebih baik aku pergi Kerana itu aku berlari dan terus melangkah mencari sesuatu yang pasti. Aku tak salahkan sesiapa. Kerana diri sendiri yang berhak dituding jari.aku tak minta ditimang dimanja. Tapi cukup sekadar kau dapat merasakan kewujudan aku di sisi. Senyum..

Bukan aku yang pegang.

Image
Waktu boleh merubah segala. Kerana itu . Aku takut merancang. Takutnya seperti mangsa yang sedang menunggu jadi bahaman pemangsa. Kalau tak merancang Bukankah hidup umpamanya lifeless. Sepertinya tiada arah tujuan. Kembali pula aku ke alam nyata. Sudah. "Merancanglah hidupmu dan jangan takut jika maha perancang segala tidak berkenan kerna kau bakal bertemu sesuatu yang baru yang kau sendiri tak pernah terjangka.asyik bukan?" Termenung lama juga aku. Jauh di lubuk hati sanubari. Mahu sahaja aku ikutkan kata hati dan nafsu. Tapi mungkin kerana Dia makbulkan doaku. "Ya Rabbana,Jagalah hatiku dari maksiat yang terlihat sedang banyak sungguh dosaku untuk maksiat tak terlihat" Nafsu nafsi merancang untuk bertemu. Tapi doaku lebih kuat dari perisai segala nafsu Bukankah doa itu senjata mukmin.? Kerana itu aku perlu kuat. Dan bukankah distance makes hearts grow fonder.? Ajaibnya Dia takpernah menciptakan pertemuan selepas pertemuan pertama walaupun jar...

Esok.

Image
Aku tak pasti apa yang aku fikirkan sekarang.kusut. Umpamanya tiada masa depan untuk aku esok. Yang aku pasti.aku selalu rindukan gelak tawa senyum manis .gurau senda sudah pasti. Aku rindu kapan lagi mereka boleh senyum untuk aku. Maafkan aku untuk segala. Esok penentu. Penentu masa depan aku. Ibu.ayah. Maafkan aku untuk dugaan yang terpaksa ku terima harini Maafkan aku kerana ibu ayah tak mampu tersenyum untuk aku kali ini. Maafkan aku kerana masih lagi mentah untuk berhadapan dengan semua. Mujur dalam ketidaksenyumanmu itu. Kau lontarkan satu semangat yang aku tidak tahu punca. Aku tahu kecewa memang pasti. Tapi aku berjanji esok aku akan bangun sebagai seorang yang yakin dan terus bersedia.ya.aku tebus. Maafkan aku kerana umurku yang sudah menjejak 2 dekad ini tak mampu memberikan apa apa untukmu.ibu.ayah. Maafkan aku kerana hari kejatuhanku ini menghilangkan ukiran senyuman di bibirmu. Senyummu lesu.aku boleh lihat itu. Tapi aku janji. Aku janji satu hal. Aku a...

CRASH.

At one point of time, My speechless mind gets spinning Finding someone who could unwind the tangle. I choose you. When i chose you. I trust you. Make up some conversation so that You realise that I'm real. When it turn out with undefined mess. Chaos. Cause you don't feel my heart And i don't feel yours. Fair. Well. Norms of life. I hate being paranoid. But sometimes i think i should. If not no one cares. If i'm not the one in your puzzle of life anymore. Will you find me?👥

HUJAN .

Aku sedar yang hidup ini ada pasang surut. Sejak azali lagi aku sudah sedar. Tapi bak kata orang "kalau tak merasa mana nak tahu" Selama hampir 21 tahun umurku menginjak. Aku semakin mendekati "pasang dan surut" itu. Semakin aku mendekat.semakin aku rasa diri ini tak kuat.langsung. Tapi kalau kau dan aku percaya. Kemanisan disebalik semua ini. Aku kau dan juga dia pasti tersenyum. =) Aku akan rasa puas kalau aku muntahkan di sini.kerna aku punya cara tersendiri. Terkadang aku marah dengan diri sendiri yang tak pernah sabar.aku marah diri sendiri yang selalu mengikut perasaan. Jauh di sudut hati kecil.aku merindui aku yang dulu.di mana hilangnya jiwa lembut yang sentiasa bersabar atas semua keadaan.hujan .ribut.taufan.waima guruh.tetap sabar. Hati yang sering berbolak balik ini ingin saja aku campak lansung tak nampak bayang.tapi .siapa aku untuk aturkan semua.Dia sudahpun susun cantik2 percaturan dan peraturan alam.aku kira norma seorang manusia yang sen...

Berpinar

"Segunung kepingan dinar. Tak mampu mengganti sinar cinta aku. Selautan beras permata Belum tentu dapat menggantikan perasaan kasih aku." Bait-bait puitis cukup menggetarkan nurani si pembaca.cukup romantis untuk mencairkan hati yang sedang membuak buak rasa cinta.kasih.sayang.rindu.asyik. Itu manusia. Aku harap kau besarkan skop cinta yang kau sedang fikirkan sekarang.cuba dalami dan tadabbur sedikit bait bait di tersebut.jika di saat kau membaca hatimu terpaling kepada manusia.marahlah hatimu.sebab.kalau si dia yang kau selalu fikirkan .maka selalu lah lekat namanya di hati kau. Jika Dia yang selalu terpahat di hatimu.kau pasti serahkan bait ini untuk si Dia.istighfar 10 saat. Aku juga manusia.layakkah aku menyerahkan rasa cinta aku kepada manusia sedangkan aku belum sebenar benar setia kepada sang pencipta.aku pun selalu jatuh.tapi saat aku jatuh.aku tak butuh lihat kau jatuh juga.sebab siapa mahu bangkitkan aku kalau bukan kau.layakkah aku memendam rasa rindu pada ...

Berpinar

"Segunung kepingan dinar. Tak mampu mengganti sinar cinta aku. Selautan beras permata Belum tentu dapat menggantikan perasaan kasih aku." Bait-bait puitis cukup menggetarkan nurani si pembaca.cukup romantis untuk mencairkan hati yang sedang membuak buak rasa cinta.kasih.sayang.rindu.asyik. Itu manusia. Aku harap kau besarkan skop cinta yang kau sedang fikirkan sekarang.cuba dalami dan tadabbur sedikit bait bait di tersebut.jika di saat kau membaca hatimu terpaling kepada manusia.marahlah hatimu.sebab.kalau si dia yang kau selalu fikirkan .maka selalu lah lekat namanya di hati kau. Jika Dia yang selalu terpahat di hatimu.kau pasti serahkan bait ini untuk si Dia.istighfar 10 saat. Aku juga manusia.layakkah aku menyerahkan rasa cinta aku kepada manusia sedangkan aku belum sebenar benar setia kepada sang pencipta.aku pun selalu jatuh.tapi saat aku jatuh.aku tak butuh lihat kau jatuh juga.sebab siapa mahu bangkitkan aku kalau bukan kau.layakkah aku memendam rasa rindu pada ...

BUKA MATA LUAS LUAS.

Ramadhan pertama berjauhan dengan family.sudah tentulah 'feel' nya berbeda sedikit. Hujan yang selama ini dinanti nanti di bumi kuala lumpur akhirnya tunduk jua membasahi bumi.seolah -olah mengerti perasaan aku saat ini.kalau sebelum ini aku berlagak biasa sahaja jikalau berbuka puasa di sekolah menengah waima sewaktu asasi pun.tetapi entah mengapa berbeza benar perasaan aku pertama kali berbuka berjauhan dengan keluarga tatkala degree . "Ahh air mata.jangan kau berani basahkan baju aku".cukuplah hujan lebat menggantikan perasaan aku.. Atau mungkin perasaan untuk menghadapi exam lagi.belum cukup.apakah aku sudah benar benar bersedia.ada lagi.adakah aku akan lulus .ataupun aku harus mengambil kertas ulangan.atau mungkin aku harus mengulang tahun.nauzubillah.lama aku termenung.Akhirnya aku menolak dengan kasar perasaan ini jauh jauh kerana kalau diikutkan tidak habis juga ulangkaji aku malam ini.esok exam. Wahai hati.tenang.tenang.sejak akhir akhir ini tadabbur ayat...

Assalamualaikum cinta.waalaikumussalam rindu

Image
kutip seberapa banyak ibadah pungut seberapa banyak pahala simpan seberapa banyak kebajikan. mungkin esok mungkin harini itu tidak pasti. yang pasti kau dan aku harus 'ready'. untuk tempuhi hari yang pasti. "kapankah kiamat itu?" "barangkali waktunya sudah dekat"(17:51) Ramadhan mungkin menjadi checkpoint pertama jangan pernah berhenti sehingga tamat ke checkpoint terakhir. kerana saat itu . segalanya berakhir. moga kau dan aku jadi 'juara'😮 salam Ramadhan.marhaban ya Ramadhan. selamat datang cinta. moga kau dan aku masih bertahan dalam cinta ini.

DOA untuk diperkuatkan bukan dipermudahkan.

Satu sejarah aku sudah pun ukir. Ukir di hati. Bukan di hati aku seorang.hati manusia lain juga. Kalau orang kampung aku panggil hari ini hari malang. Aku pula panggil hari ini hari kesyukuran. Bukan aku tak sedih Kalau aku cerita.kau mesti takkan faham cerita aku.hati aku seorang yang rasa. Aku kira hari ini Tuhan mungkin rindukan aku.mungkin juga ingin melihat aku menangis betul betul dihadapanNya.mungkin juga aku ini sudah lama tidak bermanja dengan Nya.asyik bermanja dengan manusia.atau mungkin Dia mahu lihat aku berjumpa dengannya 2 pagi nanti mungkin.. "Kalau saya jadi awak,saya dah menangis kut" -kawan..bukan ayat perangsang bukan juga ayat putus semangat.kalau aku buat perkiraan lagi.hampir 50% daripada kawanku mengutarakan statement yang sama.boring.takde ayat yang membakar sikit ke kawan.waktu waktu beginilah aku perlukan kata2 perangsang.tak banyak. 1 ayat cukup.aku tak menangis depan kau bukan sebab nak tunjuk kuat.tapi aku tahu perempuan ni lemah.kalau ak...

Maafkan.

Aku bukan seorang pelarian yang terjengah jengah akan mata pencarian. Aku bukan pelarian yang tersedan sedan mencari tempat berlindung. Aku bukan pelarian yang masih diundang rasa tak senang mencari  tempat berteduh Bahkan bukan pula sang arjuna yang arif berpuisi kata kata nista Aku hanya si pengembara yang masih mencari cari titik identiti diri. Boleh saja di setiap perjalanan aku terjatuh Mungkin saja kerana terlalu kepingin tiba di destinasi ku, Aku berbuat silap di sepanjang jalan. Wajar saja aku berasa penat seakan akan mahu terus berbaring. Dan kadang kadang ,keadaan tak membenarkan untuk aku meneruskan perjalanan. Aku harus berhenti.haus. Aku diberi kekuatan. Tetapi kekuatan yang berilusi. Dari Dia disalurkan kepada dia. Untuk aku. Aku genggam seakan tak mahu lepaskan. Sedih.Tak selamanya aku bersama kekuatan itu. Maafkan aku. Kadang kerana kelemahan aku. Kau sakit Kadang kerana terjerat dengan alunan nafsu. Aku terusan tidur. Kadang kerana hembusan eg...

masih abadi.

Setiap kali jari jemari ini sedang asyik memainkan rentaknya. entah kenapa sifat melancholy ku tersergam megah sedangkan phlegmatic lebih memainkan peranan. sedangkan aku ini introvert. bukan itu point ku sebenarnya.bukan itu yang aku mahu nukilkan. aku lebih tenang meluahkan di sini. kerana tiada siapa tahu. walhal mengenalku apakan pula. kerana aku suka memerhati. aku melihat dunia sebagai satu kilang gudang. ramai manusia.penuh dengan kerja. kadang tak peduli siapa di sebelah kadang tak berganjak dari tempat asal. kadang berdengkur pun tak pernah mengerti perasaan manusia lain. anjing2 liar di luar kedengaran berteriak. entah kenapa begitu lagatnya. manusia di dalam tak pernah hirau. kalau ada pun. kau fikir seribu kali dahulu. lewat malam baru kau pulang. dan kau tak pernah kisah kerja kau berulang setiap hari kau agungkan apa yang kau damba. kau puja apa yang kau lihat. sehingga kau lupa apa yang tak terlihat. itulah dunia...

AKU DAN BORNEO

Image
25.4.14 till 27.4.14 "Permulaan yang baik selalu dihàrapkan dengan pengakhiran yang baik juga." Pengembaraan dunia yang aku kira cukup manisnya dan cukup juga sedihnya.kalau dihitung hitung,memang tiada langsung keinginan ku untuk kesana.tetapi force apa entah yang menolakku sehingga menjadikan aku ghairah betul untuk menjejakkan kaki ke sana. Memang.sangkaan aku tak meleset.langsung. Pertemuan dengan akhwat2 terchenta menjadikan semangat aku terus pula terbooster umpama gunung berapi yang sedang meletus.nah.begitulah analoginy a. perkara pertama yang membuatku terpegun plus terpana adalah senibina UNIMAS sendiri.sungguh tidak kusangka pandangan pertama ku menimbulkan bibit-bibit cinta sehingga sukar ku kikis sampai sekarang.hebatkan penangan cinta UNIMAS berikan untuk aku.nah.ibaratnya dua pasangan yang baru jatuh cinta pula.sudahla bangunan yang cantik .ditambah pula dengan sikap peramah akhwat unimas membuat aku rasa untuk terus stay di sana.fuh.impposible tu cik tarbi...

Biarkan

Biarkan aku di sini. Sudah.jangan hiraukan aku. Biarkan melancholy ku ini menjalar. Sudah ku bilang. Kita takkan pernah serupa. Jalan kita cukup berbeza. Meski hati menafikan. Meski raga dihentam air mata. Meski pahit untuk aku telan. Kau tak faham aku. Langsung. Sumpah.aku tak pernah menolak takdir hakiki. Ingin sahaja aku kembali seperti dahulu. Tapi. Itu zaman hitam aku. Wajar sahaja aku ronyok dan ku buang jauh. Tapi sejarah tentang kau aku masih simpan rapi. Entah kenapa secalit fikirku tak pernah untuk buang kau jauh . Masih dekat. Lebih dekat. Bila saja Aku kembali ke alam benar. Ingin sahaja aku meronta. Tuhan. Aku bukan siapa siapa di dunia. Aku selalu minta bukan bukan Dan Kau selalu tahu apa yang aku perlu. Tapi yang satu ini. Hati aku menangis laju untuk membiarkan pergi Susah untuk aku biarkan. Meski aku tahu aku takkan pernah dapat Aku bukan mengarang lagu Jauh sekali sebuah puisi. Ini hanya nukilan hati. Dari insan seperti aku. Untuk ma...

Fikrah kita seperti langit dan bumi.

Aku benci berdebat. Kalau zaman sekolah menengah dulu. Aku lebih prefer berforum. Andai ada manusia yang ingin berdebat bersamaku.aku akan lari.sebab. Aku benci berdebat . Semua mahu pertahankan stand masing masing.semua mahu menang.end up nya.tak tahu siapa yang menang.bagai tiada point.frust. Tapi di zaman universiti. Aku terpaksa berdebat. Sebab aku perlu pertahankan fikrah yang ku pegang. Kerana kebanyakan punya fikrah berbeza Aku terpasa berdebat. Bukan untuk melihat siapa yang hebat Tetapi mempertahankan stand yang siap erat ku pegang. Bukan niat mahu bergaduh Tapi kalau kau betul betul berada di tempat ku.kau pasti faham. Bagi aku tak salah mempunyai pemikiran yang berbeza . Asalkan kau tahu itu betul. Matlamat kita tetap satu.menuju kepada yang Haq. Apabila aku mengeluarkan pendapatku.kau bangkang dan cantas dengan hujah2 berbunga bunga. Aku hormat. Dan aku biarkan kau terpinga pinga begitu. Sebab aku takut. Keadaan lebih keruh. Mungkin aku terlalu isolat...

Hidup tak lama

Malam ini malam special kata mereka. Malam penuh warna warni Malam penuh suka.tiada duka.langsung. Tetapi malam ini malam sedih bagi aku Sebab aku takut. Takut takut kerana malam ini mungkin menjadi saksi aku ditarik ke neraka Kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai umat. Aku resah. Mutiara kian jatuh. Aku hampa. Di saat insan2 lemah menjadi pujaan hati manusia. Di mana letaknya sang pencita hatihati yang lemah itu. Mana mungkin cinta dibahagi. Mana mungkin ada dua rongga dalam satu hati. TIDAK. Hati bertambah pilu. Melihat aksi pemuda pemudi zaman ini. Terkorban kerana metamphamine. Hati aku kian robek. Bukan kecil.tapi sudah kronik robekannya. Jadi hamba dunia kau dapat dunia. Jadi hamba akhirat kau dapat dua dua. Kau nak mana satu? Malam ini Rasululluah mungkin sedang beribadah sehingga bengkak2 kaki baginda Itu ekspresi syukur baginda Tetapi malam ini umat baginda terusan mencari dunia. Itu tanda syukur mungkin.entahlah Mata dunia. Telinga dunia. ...

Yang dulu bukan sekarang.

Image
Ada pula masa membelek contents2 blog yang lepas . Menjadikan aku terpana dan terkedu seketika. Inikah aku sebelum ditarbiyah.? SubhanAllah. Indahnya tarbiyah itu sehinggakan tak mampu diukir pada bibir .dilakar pada wajah waima di simpul dengan kata kata. Sedangkan seruan Allah di dalam Al quran untuk mencari wasilah sebagai medium mendekatkan diri kepada Nya ...(5:35) Benarlah permulaan itu bermula dengan keterpaksaan. Analoginya berkait apabila kita mula mulaa mahu belajar bermain skateboard.adakah akan terus pro tanpa jatuh langsung?.tidak..permulaannya kita akan bangun jatuh bangun jatuh...dan begitulah kemudiannya sehingga kita mampu bertahan untuk terus bangun tanpa jatuh sedikitpun..keinginan yang sangat itu sendiri membuatkan kita terus bertahan untuk menjadi pakar skateboarder.. Begitulah tarbiyah.di mana permulaannya kita terpaksa untuk berhadapan dan  terpaksa menahan nafsu ,syaitan yang teruss terusan menganggu gugat amalan.namun setelah timbulnya  mahabat...

Aku pilih Dia ,bukan kamu

Image
Kerana cinta.dia sanggup berlari berjuta batu bertemu kekasih hati, Kerana cinta.dia menjerit sekuat hati agar seluruh dunia tahu rahasia hatinya. Kerana cinta.dia biarkan tanggapan asing yang lahir dari manusia manusia durjana. Kerana cinta.dia biarkan nama kekasih terus meniti di bibirnya. Kerana cinta.dia terus dan terus mengejar cinta hati. Kerana cinta.dia terus berjanji bercinta sampai mati. Aku juga kepingin perasaan sebegitu. Biar dihimpit pelbagai spekulasi, dari tengah.depan.belakang.atas.bawah.aku sanggup. Asalkan aku bisa gapai cinta seperti dia. Susah. Kalau susah,teruslah memujuk kekasih yang kau damba untuk membalas cintamu.senang bukan. ah."kau cakap senang,nak berbuat itu susah kawan".hati sibuk menempelak. Apa susah.kekasih kan suka hadiah.bagi hadiah.habis cerita. Bagaimana?jaga mutabaah harian.titik. Hati terus terusan berkeras dek kerna termakan pujukan nafsu.Wajar sahaja begitu.solusinya,mudah.jauhi maksiat Bak kata seorang ukht" kamu...

Mungkin

Image
Tatkala hujan menimpa bumi Tatkala itu hati ini sedih dan sebak sekali, Diri ini sentiasa berharap dengan dugaan yang sering menghalang kelancaran perjalanan hidup menjadi wasilah untuk aku mencari setitik rinduNya, Biarlah hanya dengan setitik kasih dari Nya Namun Mampu membuat ku tersenyum puas. Setidak tidaknya , Aku tidak mengharap cinta kasih yang belum pasti aku miliki Bukan cinta yang kekal abadi Bukan juga cinta yang sempurna, Satu kata. Sedih. Mungkin salah aku yang tak pernah cuba untuk mengingatkan kau tentang cinta hakiki yang selayaknya kau miliki, Aku tak sempurna teman, Dan ketidaksempurnaan inilah yang mengajarkan aku untuk terus dan terus mencari Dia, Aku mahu mengajakmu, Aku mahu menarikmu, Atas kelemahan ku ini Aku tidak berdaya. Sungguh. SubhanAllah, Betapa hati ini luluh dan sedih Ya Tuhan,jagalah hati-hati kami yang seringkali bermaksiat kepadamu ini Engkau tidak putus putus memberi nikmat sedngkan kami masih lagi berkhianat, Engkau teru...