Posts

PELANGI 🌈

Image
Sejujurnya,kau bukan sesiapa untuk aku alirkan air mata ini, hakikat yang aku sedar, kau lebih dari sesiapa, andai aku diberi peluang untuk pegang hatimu, aku rela untuk kongsi setiap detakan penantian yang dirasakan tiada penghujung Tapi, Tuhan lebih layak menyentuh hatimu, Kerna Dia bukan saja menyentuh dan berkongsi apa yang kau rasa, Dia mengutuhkan.Dia juga menjatuhkan. tapi hey, bukan kah kau takkan selamanya jatuh. kerna Dia juga yang bangunkan kau bukan? Kekuatanmu tak bisa aku bandingkan dengan apa, apa kuatnya kau seperti yang digambarkan dalam kitab terdahulu. kau kuat seperti sahabiah bukan? teman, malam ini sepertinya tak berbintang, tapi aku pasti, pelangi yang kita janjikan untuk daki bersama kita bakal tempuh jua. Jangan bersedih lagi kerna Hari ini bukan penghujung cerita kita. kita hidup untuk hari esok dan selagi hela masih berdetik. Dengan izinNya Moga esok kau bangun dengan harapan yang Tuhan akan gantikan sesuatu yang lebih baik. ...

BUKAN SEPERTI DULU

Apakah yang menyentuh hati ini terlalu apabila melihat jelas kedutan yang semakin menebal dan memenuhi ruang ruang wajah.Rambut yang beransur putih,mata yang semakin kelabu.Sedetik aku tahu masa yang aku ada sangat terbatas.     Suatu malam sebelum berangkat ke tempat pengajian,entah mengapa telinga terasa berdenyut dan sakit yang datang jarang jarang.aku terus meminta ibu melihat keadaan telingaku.Jawapan ibu membuatku terlalu sayu."ibu tak nampak la fa.tunggu jap ibu ambil spec".usai spec dipakai.Fa ,bu tak nampak juga.Cuba minta ayah cekkan".Aku lantas pergi meninggalkan ibu meluru ke arah ayah minta diperiksa.Namun hambar ,jawapan yang sama juga aku terima."Ayah pun tak nampak la fa". Saat itu aku sedar betapa selama ini aku sudah melepasi waktu waktu peredaran yang sepatutnya aku luangkan bersama mereka.     Setelah 11 tahun berjauhan.apakah masih aku berfikir untuk meninggalkan mereka lagi.Pernah juga terdetik untuk suatu hari nanti apabila sudah me...

HUJAN DAN API

" Hidup ini memang memerlukan kita untuk lebih berfikir"       Di saat kita sedang ralit dibuai mimpi,atau mungkin sedang asyik menikmati makanan yang enak enak,atau pun mungkin sedang happy bersama family, di luar sana ada orang yang tersesak-esak menangis kehilangan orang tersayang,ada orang yang mungkin sudah tiga hari tak jamah secubit nasi pun.Wallahu. Kejadian hari ini memang betul-betul memberi kesan yang mendalam dalam diri aku.Tak tenang hati ini dibuatnya.Maka tak salah keputusan untuk aku keluar dari bilik.At least aku belajar sesuatu harini.Aku kira secara tak langsung Allah ingin mengajar aku sesuatu. Kejadian berlaku di Flat PPR Kerinchi,Sebenarnya aku sedang menuju ke pasar malam berdekatan .Usai parking kereta berhadapan kedai makan,ada beberapa orang orang sekeliling menegur aku sambil mendongak ke atas.Dengan nada suara yang tidak berapa jelas,aku cuba amati tapi gagal juga.Akhirnya aku pun membuat keputusan memandang juga apa yang m...

Entah

Image
semalam. aku terbangun dari mimpi entah mengapa sukar benar mimpi hendak ditafsirkan. sejenak aku terpalit dengan perasaan sendiri. air mata entah bila kunjung tiba tanpa memberi salam. emosi ini entah mengapa selalu mengada ngada emosi ini selalu damba yang tidak tidak. hati. kamu tidak tenangkah? jauh ku termenung nun di andalusia tak jumpa juga jawapan pasti. sosok tubuh mulai bergetar . seakan mahu menyatakan hasrat hati. mengapa selalu saja sisi gelapku bikin gelita. sedangkan mulusnya sisi putihku tetap di sana. benar mungkin. nila setitik rosak susu sebelanga. kerana gelap. terus saja gulita. Tuhan. jangan sampai gulita hati ini menidakkan hadirmu dalam hatiku jangan sampai gulitanya emosi ini membatasi pantas waktu seharusnya aku bersamaMu. aku salah kerana tidak hadirkan Engkau dalam sangkar hati. aku seperti melepaskan Mu bak burung terbang di angkasa. sedangkan Kau pencipta segala. Tuhan. ampuni aku yang terlalu khilaf. aku rebah dengan dunia. buk...

PERFECTO.

Aku tak pernah berusaha nak jadi sempurna. Tapi aku selalu usha juga macam mana nak jadi terbaik. Aku tak marah orang benci sama aku Suka lagi ada. Sebab term 'sempurna' tu tak pernah wujud dalam sanubari malah jiwa aku. Sebab tu nak membenci aku tak menjadi halangan. Bencilah.kalau aku membencikan Sukalah.kalau aku menyukakan. Dalam umur aku yang masih dua tahun jagung ni,aku mungkin tak banyak belajar 'sesuatu'.tetapi dalam perjalanan aku menuju rumah akhir nanti.banyak perkara yang aku sesali .banyak perkara yang aku pelajari.banyak benda yang aku alami. Maka dengan ini aku yakin dengan ayat 'pengalaman mengajarkan kita erti dewasa'.mana nak merasa kalau tak makan garam. Dan setiap benda yang kita sesali,Allah tak pernah stop kita with clueless,he always there to help us out.dan maka dengan itu nikmat manakah yang kamu dustakan lagi? *boleh rujuk surah Ar Rahman* tilawah jom. Satu masa kita mungkin silap/khilaf, esok lusa kita akan belajar yang ke...

CERITA PANJANG

Kepala ni dah sarat untuk muntahkan cerita cerita sepanjang cuti di rumah. Kebetulan sehingga hari ini.banyak benda pula mahu aku ceritakan. Pertama.sibuk.nasiblah kalau sudah berada di rumah setiap hari kena bangun awal sambut budak budak kecil datang rumah.office hour juga kerja aku sebagai babysitter ni.dengan perangai yang tak tentu tentu.kadang ketawa kadang menangis.kadang nak bermanja manja.maaflah aku ni terkadang tak boleh kira sabar dia.mahu kalau buat perangai budak budak ni dari pagi sampai petang, pernah juga aku cubit.Ala,cubit ala-ala mak je.tak habis dengan siang,setiap malam pulak kerja aku jadi chegu yang paling garang on earth,haha.paling lewat pernah juga kelas habis pukul 11malam.kadang kadang kelas berjalan dengan lancar .kadang kadang aku terpaksa berhadapan dengan anak buah yang nakal dia usah dicerita.aku fikir juga budak budak lelaki ni nakal nakal malas belajar ni dah biasa.datang kelas terus tidur.buku exercise habis dikoyak .bawa laser disuluh ke mata aku...

Meroyan.

Image
Kepada seseorang yang malam ini ingatanku  untuknya. Sebelum kau baca contengan ini.izinkan aku berepilog dahulu. "Sebelum cahaya menegakkan pasaknya Sebelum bulan membiaskan wajahnya Aku mahu ke sana Aku mahu ke suatu tempat yang sejagat tak bisa tembusi. Aku mahu pergi lari jauh jauh di pelosok sana Di suatu kawasan sunyi.damai.hanya mercipan burung kedengaran.laungan cengkerik yang tak kenal erti penat,juga haruman air hujan yang membasahi alam. Asal bisa dengan kamu" Aduh. *muntah hijau* Aku tidaklah pandai berpuisi pujangga. Cuma yang aku sukanya.bilaa kata kata itu terus keluar dari hati Tak pernah dibuat buat.apa lagi di reka cerita. Kepada seseorang yang aku sangat berterima kasih untuknya. Entah mengapa tuhan asyik hadirkan manusia begini disampingku.manusia yang mengerti erti perhubungan.terima kasih tuhan untuk itu. Kerana ego.liat sahaja lidah ini untuk menuturkan rasa yang terbuku.namun hati ini tak pernah lupa panjatkan rasa syukur.yang teramatt s...