CERITA PANJANG
Kepala ni dah sarat untuk muntahkan cerita cerita sepanjang cuti di rumah.
Kebetulan sehingga hari ini.banyak benda pula mahu aku ceritakan.
Pertama.sibuk.nasiblah kalau sudah berada di rumah setiap hari kena bangun awal sambut budak budak kecil datang rumah.office hour juga kerja aku sebagai babysitter ni.dengan perangai yang tak tentu tentu.kadang ketawa kadang menangis.kadang nak bermanja manja.maaflah aku ni terkadang tak boleh kira sabar dia.mahu kalau buat perangai budak budak ni dari pagi sampai petang, pernah juga aku cubit.Ala,cubit ala-ala mak je.tak habis dengan siang,setiap malam pulak kerja aku jadi chegu yang paling garang on earth,haha.paling lewat pernah juga kelas habis pukul 11malam.kadang kadang kelas berjalan dengan lancar .kadang kadang aku terpaksa berhadapan dengan anak buah yang nakal dia usah dicerita.aku fikir juga budak budak lelaki ni nakal nakal malas belajar ni dah biasa.datang kelas terus tidur.buku exercise habis dikoyak .bawa laser disuluh ke mata aku.pensil di conteng di merata.suruh spelling lain mahu nya aku tak faham dia spelling apa.pernah juga rasa nak marah,tapi aku bukan pemarah..makanya aku bertindak dedikasi dan berdiplomasi sajalah.akhirnya aku yang upah cokelat sebab nak bagi dia suka dekat aku.hmm.kalau nak dikutkan penat,aku memang penat,tapi aku yakin selagi mana terus istikhlas lillahita'ala, insyaAllah dibantu dalam segala hal.mana ada kerja tak penat kawan,kalau kau penat tapi kau masih boleh ingat kepada Allah,kau hebat.kalau kau penat tapi kau yakin solat mampu merehatkan kau,kau hebat.kau penat tapi kau masih mampu menahan amarah.kau hebat.
Kedua,kerja hujung minggu yang seronok dan tak seronok.
Biasalah kalau setiap hujung minggu ada open house dan jemputan kahwin.aku memang pantang dapat jemputan ni,memang tak sia sia jadikan aku jemputan.tu yang seronok.dan setiap minggu juga aku akan jadi nannysitter pulak.jaga nenek aku yang lumpuh.yang ni ceritanya panjang and ada seronok dan tak.Aku memang takkan merungut kalau kena jaga nenek(seriously tak langsung!)sebab setiap kali aku selimutkan dia tidur ke,ambilkan wudhu untuk dia ke,and setiap kali aku pandang setiap kedutan di setiap sisi wajahnya,aku pasti letakkan muka aku dalam wajahnya.aku selalu bayangkan kedepan aku pun akan macam dia juga.mana tahu lebih teruk.nauzubillah.tapi betul,macam mana kita bertindak kepada seseorang,begitulah orang akan bertindak ke atas kita.kalau kita baik dengan orang,orang akan baik dengan kita inturns. Sebab aku percaya what you give you'll get back.Mungkin suatu hari ni Allah nak uji tahap iman dan sabarnya aku, suatu malam nenek tidur dalam pukul 9 macam tu.baru je aku nak lelapkan mata dalam pukul 11 macam tu .dipanggil nya aku,dengan terkedek kedek aku berjalan masuk ke bilik tanya nenek kenapa ,ditanya aku pukul berapa dah sekarang.hmm.jawapan aku semestinya pukul 11 .awal lagi kata aku.dengan tak percaya dia sambung tidur lagi.aku pun keluar sambung tidur apa lagi.pukul 2.30 pagi dipanggil lagi tanya soalan yang sama.hmm.aku pun jawab dengan jawapan yang sama.minta dia tidur.pukul 3.30 pagi dipanggil nya aku lagi,sebenarnya aku paling pantang kalau orang ganggu aku tidur.memang sesuai la kalau nak kena marah.tapi sebab nenek,aku terpaksa juga jalan lemah lemah masuk bilik .merungut juga aku dalam hati ni.soalan yang sama juga,bila dijawab, ditengkingnya aku seolah olah aku berbuat dosa.SubhanAllah.terkejut bukan kepalang aku terus meluru keluar dapatkan ibu dan terus memeluknya.ada juga air mata ni sedikit keluar.kalau ikutkan amarah,sudahlah menganggu tidur,ditengking pula aku.tapi kalau ikutkan logik,orang tua memang macam tu.lebih lebih lagi baru2 ni nenek aku di claim sudah terbuka hijabnya sampai2 semua orang yang telah arwah dia nampak termasuklah tokki.$al-fatihah$kadang kadang aku pun terkena tempiasnya bila nenek kata ada orang tengok time aku tengah solat.wuu..Sebenarnya aku tahu nenek tak berniat pun nak tengking sebegitu rupa tapi rasa kecil hati ni semacam tak mahu pergi jauh Oh lagi satu,aku memang mudah kecil hati sikit kalau ditinggikan suara.Sebab dari kecil aku tak pernah belajar mata pelajaran "cara cara menengking dan memarahi manusia" baik di rumah mahupun di sekolah sebab aku percaya ada cara yang lebih baik kalau kita ni betul2 nak ajar orang.hmm.nasihat ni untuk semua.
P/s : sebaik baik orang bila lambat marah cepat redanya.
Panjang pula cerita.tapi berdasarkan cerita aku ni,satu je yang aku nak highlightkan. S .A.B.A.R. I.K.H.L.A.S
Kalau takde sabar dan ikhlas.aku yakin la.manusia sejagat ni takkan hidup aman atas dunia yang fana ni.WALLAHU.
Comments
Post a Comment