Meroyan.

Kepada seseorang yang malam ini ingatanku  untuknya.

Sebelum kau baca contengan ini.izinkan aku berepilog dahulu.
"Sebelum cahaya menegakkan pasaknya
Sebelum bulan membiaskan wajahnya
Aku mahu ke sana
Aku mahu ke suatu tempat yang sejagat tak bisa tembusi.
Aku mahu pergi lari jauh jauh di pelosok sana
Di suatu kawasan sunyi.damai.hanya mercipan burung kedengaran.laungan cengkerik yang tak kenal erti penat,juga haruman air hujan yang membasahi alam.
Asal bisa dengan kamu"

Aduh. *muntah hijau*

Aku tidaklah pandai berpuisi pujangga.
Cuma yang aku sukanya.bilaa kata kata itu terus keluar dari hati
Tak pernah dibuat buat.apa lagi di reka cerita.
Kepada seseorang yang aku sangat berterima kasih untuknya.
Entah mengapa tuhan asyik hadirkan manusia begini disampingku.manusia yang mengerti erti perhubungan.terima kasih tuhan untuk itu.

Kerana ego.liat sahaja lidah ini untuk menuturkan rasa yang terbuku.namun hati ini tak pernah lupa panjatkan rasa syukur.yang teramatt sangat.ye.sangat!

Teman.

Jika kau baca ini,
Maka mengertilah.diamku tak bermakna aku lupakan mu.
Diamku tak bermakna aku tak menghargaimu.
Cukupkah jika aku hanya panjatkan doa yang baik baik sahaja untuk kamu?

Teman.

Jika kau baca ini,
Maka mengertilah,senyumku takkan selalu untukmu.terkadang mati.layu.
Senyumku tak perlu kerana esok lusa siapa tahu aku pergi dulu?
Senyummu yang perlu kerna aku tak bisa lihat kau kelihatan sayu

Terima kasih kerana selalu hadir di saat perlu.selalu peduli walau aku semacam tak mahu peduli.selalu bikin gembira meski hati ini semacam gundah gulana.yang penting,selalu ingatkan kepada pencipta segala ciptaan.Allahu.

Comments

Popular posts from this blog

PELANGI 🌈

Berpinar