F.A.I.T.H

"Harap harapnya esok masih lagi Tuhan berikan aku cahaya.
Harap harapnya esok bukan lagi aku yang dahulukala
Harap harapnya semalam menjadi ceritera terindah dalam kamus sang hawa."

Jangan berharap nanti merana.
Berdoalah.
Bak kata seseorang yang aku rindui,
"Berdoa sungguh sungguh.Allah pasti dengar" .Allahurabbi, takkan pernah halus benang aku lupa jasamu.kata katamu.budi pekertimu.nasihatmu.baktimu.pengorbananmu.mana mungkin aku lupa.Takkan!

Cuma kerana ketidaksabaranku.aku gagal menjadi seperti mu.Dalam diam,aku kagum .sungguh kagum dengan perjuanganmu.nah.!air mata.nyah kamu dari sini..

Ya,aku sudah melanggar janjiku.Entah apa yang menusuk kalbu sehingga aku berperilaku sebegitu.Ya Rabbana, andai esok aku akan kembali kepadamu,apakah dosa semalam mesih menghimpitku?

Lantai yang keras kian selesa pabila tidur bersebelahanmu,waktu yang sibuk menjadi lapang tatkala melihat jauh di dalam matamu,malam yang gelap laksana cahaya benderang kerana iman dalam hatimu,Bisakah aku rasakan hangatnya pelukanmu saat aku bersedih lagi?Bisakah lagi aku mendengar semua rungutan mu dihari harimu?

Maafkan aku yang lemah ini kerana tak mampu sejajar denganmu,tak mampu berjalan berpimpin tangan denganmu,tak mampu bercanda tawa seperti selalu.

Aku harap esok kita akan berpimpinan tangan ke syurga juga.Ingatkah lagi dirimu padaku di saat itu?

Antunna adalah kenangan paling terindah yang ana pernah ada.antunna tiada galang ganti.antunna....😢

Aku harap.kau bersihkan tanggapan yang bukan bukan untukku.kerna Aku juga manusia biasa.khilaf sentiasa.aku akan mencari jalan juga nanti.doakan..

Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar