Posts

Showing posts from May, 2015

JANGAN

Aku tak tahu bagaimana mahu menunjukkan reaksi muka apabila ditinggikan suara tepat dimuka ku. Bagaikan halilintar yang menembusi bumi,seperti itu hatiku tertahan peritnya. Aku tak pernah salahkanmu jika kau tuduh aku cengeng.tapi aku tak pernah butuh tengkingan itu kerna suara lembutmu itu bukan untuk dihias oleh akal amarah.aku pun tak pernah salahkanmu kalau kau tak mengerti aku.kerna sejujurnya sifat kita berbeda.cukup berbeda. Sejujurnya .aku memang tak boleh menerima keadaan sebegitu .sepertinya ada benda haluss yang menembusi ruang mataku saat hati ini terasa luluh.buatlah apa sahaja ,asalkan bukan dengan marah padaku, aku terima.kau fikir dengan marah kau boleh selesaikan semua?lebih depresi aku jadinya.Masalah takkan selesai kalau dalam keadaan tensi begini.cukuplah sekali ini.aku rimas. Mungkin kerana dosa aku begini.kembalilah.Dia lebih mendengar bukan.jangan khuatir kerna kau akan kembali tenteram setelah kau mengingat Dia dalam setiap peri dan tindak tandukmu.yakin dan...

KELIP KELIP

Sepanjang seminggu ini banyak pula perkara yang bikin kusut kepalaku,dengan masalah study yang tak habis habis,masalah kereta yang sering saja kehausan minyak,masalah diri yang tak pernah selesai,juga masalah dengan manusia yang jarang sekali wujud dalam perihal hidup aku. Aku tak mudah membenci manusia,apatah lagi berdendam.Walau segenggam ditabur rasa benci,marah, oleh mereka ,aku akan sedaya mampu hilangkan rasa sakit hati walau setitik.Tapi entah mengapa sejak kebelakangan ini,mudah saja rasa choleric ini menular,ego semakin membising,rasa marah yang entah dari mana tanpa segan silu membatasi diri.Ya tuhan,ini bukan aku. Apakah terlalu banyak sekali khilaf aku dengan manusia ,sehingga begini perilaku ku di hadapan mereka.Atau mungkin khilafku dengan Mu masih belum terlaksana sehingga mudah saja aku biarkan nafsu dan syaitan menguasai diri. Tapi aku yakin.terselit hikmah di sebalik semua dan kerana itu aku terlalu bersyukur kerana tuhan masih mahu menunjukkan sesuatu betul bet...

RISAU.

Kalau ada satu malam aku diberi peluang untuk berehat ,aku ragu betul untuk menjengah katil.takut-takut nafsu ini melebihi keperluan.walaupun mata ini dah pedih-pedih kemerahan,kepala ini sudah berpusar-pusar entah berapa kali.otak yang merayu-rayu untuk melabuhkan tirai,kaki yang seakan longlai meneruskan langkah.penat.ya.aku penat. Tapi. Terus aku terbayangkan kisah Murabbi teragung,Nabi ya rasul.rehat baginda dengan solat.Tak pernah merungut saat membina manusia.begitu juga hamzah.abu bakr.ali.zaid.umar.khalid. Bahkan sahabiyah pun turut bersama menuruti ,aisyah.sumaiyah.ummu sulaim.ummu salamah.khaulah.zainab. Mana mungkin penatku setara mereka.perjuangan ku .tak juga setara.pengorbanan ku.apakan lagi .jangan cerita. Layakkah aku wujudkan perkataan penat di sisi kamus hidupku?*sigh* Mana mungkin hidupnya islam hari ini kalau bukan sifat tidak pernah lelah mereka di atas.jadi mana mungkin hidupnya islam pada zaman anak mu jika  nak hidupkan Islam pada harini pun kau rasa b...