Posts

Showing posts from 2015

Entah

Image
semalam. aku terbangun dari mimpi entah mengapa sukar benar mimpi hendak ditafsirkan. sejenak aku terpalit dengan perasaan sendiri. air mata entah bila kunjung tiba tanpa memberi salam. emosi ini entah mengapa selalu mengada ngada emosi ini selalu damba yang tidak tidak. hati. kamu tidak tenangkah? jauh ku termenung nun di andalusia tak jumpa juga jawapan pasti. sosok tubuh mulai bergetar . seakan mahu menyatakan hasrat hati. mengapa selalu saja sisi gelapku bikin gelita. sedangkan mulusnya sisi putihku tetap di sana. benar mungkin. nila setitik rosak susu sebelanga. kerana gelap. terus saja gulita. Tuhan. jangan sampai gulita hati ini menidakkan hadirmu dalam hatiku jangan sampai gulitanya emosi ini membatasi pantas waktu seharusnya aku bersamaMu. aku salah kerana tidak hadirkan Engkau dalam sangkar hati. aku seperti melepaskan Mu bak burung terbang di angkasa. sedangkan Kau pencipta segala. Tuhan. ampuni aku yang terlalu khilaf. aku rebah dengan dunia. buk...

PERFECTO.

Aku tak pernah berusaha nak jadi sempurna. Tapi aku selalu usha juga macam mana nak jadi terbaik. Aku tak marah orang benci sama aku Suka lagi ada. Sebab term 'sempurna' tu tak pernah wujud dalam sanubari malah jiwa aku. Sebab tu nak membenci aku tak menjadi halangan. Bencilah.kalau aku membencikan Sukalah.kalau aku menyukakan. Dalam umur aku yang masih dua tahun jagung ni,aku mungkin tak banyak belajar 'sesuatu'.tetapi dalam perjalanan aku menuju rumah akhir nanti.banyak perkara yang aku sesali .banyak perkara yang aku pelajari.banyak benda yang aku alami. Maka dengan ini aku yakin dengan ayat 'pengalaman mengajarkan kita erti dewasa'.mana nak merasa kalau tak makan garam. Dan setiap benda yang kita sesali,Allah tak pernah stop kita with clueless,he always there to help us out.dan maka dengan itu nikmat manakah yang kamu dustakan lagi? *boleh rujuk surah Ar Rahman* tilawah jom. Satu masa kita mungkin silap/khilaf, esok lusa kita akan belajar yang ke...

CERITA PANJANG

Kepala ni dah sarat untuk muntahkan cerita cerita sepanjang cuti di rumah. Kebetulan sehingga hari ini.banyak benda pula mahu aku ceritakan. Pertama.sibuk.nasiblah kalau sudah berada di rumah setiap hari kena bangun awal sambut budak budak kecil datang rumah.office hour juga kerja aku sebagai babysitter ni.dengan perangai yang tak tentu tentu.kadang ketawa kadang menangis.kadang nak bermanja manja.maaflah aku ni terkadang tak boleh kira sabar dia.mahu kalau buat perangai budak budak ni dari pagi sampai petang, pernah juga aku cubit.Ala,cubit ala-ala mak je.tak habis dengan siang,setiap malam pulak kerja aku jadi chegu yang paling garang on earth,haha.paling lewat pernah juga kelas habis pukul 11malam.kadang kadang kelas berjalan dengan lancar .kadang kadang aku terpaksa berhadapan dengan anak buah yang nakal dia usah dicerita.aku fikir juga budak budak lelaki ni nakal nakal malas belajar ni dah biasa.datang kelas terus tidur.buku exercise habis dikoyak .bawa laser disuluh ke mata aku...

Meroyan.

Image
Kepada seseorang yang malam ini ingatanku  untuknya. Sebelum kau baca contengan ini.izinkan aku berepilog dahulu. "Sebelum cahaya menegakkan pasaknya Sebelum bulan membiaskan wajahnya Aku mahu ke sana Aku mahu ke suatu tempat yang sejagat tak bisa tembusi. Aku mahu pergi lari jauh jauh di pelosok sana Di suatu kawasan sunyi.damai.hanya mercipan burung kedengaran.laungan cengkerik yang tak kenal erti penat,juga haruman air hujan yang membasahi alam. Asal bisa dengan kamu" Aduh. *muntah hijau* Aku tidaklah pandai berpuisi pujangga. Cuma yang aku sukanya.bilaa kata kata itu terus keluar dari hati Tak pernah dibuat buat.apa lagi di reka cerita. Kepada seseorang yang aku sangat berterima kasih untuknya. Entah mengapa tuhan asyik hadirkan manusia begini disampingku.manusia yang mengerti erti perhubungan.terima kasih tuhan untuk itu. Kerana ego.liat sahaja lidah ini untuk menuturkan rasa yang terbuku.namun hati ini tak pernah lupa panjatkan rasa syukur.yang teramatt s...

F.A.I.T.H

Image
"Harap harapnya esok masih lagi Tuhan berikan aku cahaya. Harap harapnya esok bukan lagi aku yang dahulukala Harap harapnya semalam menjadi ceritera terindah dalam kamus sang hawa." Jangan berharap nanti merana. Berdoalah. Bak kata seseorang yang aku rindui, "Berdoa sungguh sungguh.Allah pasti dengar" .Allahurabbi, takkan pernah halus benang aku lupa jasamu.kata katamu.budi pekertimu.nasihatmu.baktimu.pengorbananmu.mana mungkin aku lupa.Takkan! Cuma kerana ketidaksabaranku.aku gagal menjadi seperti mu.Dalam diam,aku kagum .sungguh kagum dengan perjuanganmu.nah.!air mata.nyah kamu dari sini.. Ya,aku sudah melanggar janjiku.Entah apa yang menusuk kalbu sehingga aku berperilaku sebegitu.Ya Rabbana, andai esok aku akan kembali kepadamu,apakah dosa semalam mesih menghimpitku? Lantai yang keras kian selesa pabila tidur bersebelahanmu,waktu yang sibuk menjadi lapang tatkala melihat jauh di dalam matamu,malam yang gelap laksana cahaya benderang kerana iman dalam ha...

RINDU

Satu malam usai bangun dari tidur. Aku terus gapai  phone. Takut takut ada benda penting yang perlu disettlekan Waduh! 6 missed call dari ibu. Gawat ni. Ku biarkan rasa mamai sosok tubuh. Gagahkan juga untuk call semula ibu. Satu ayat paling menyentuh jiwa. "Susah ye nak call iffa,ibu sedih la." Ibu.kalau ibu tahu parah jua hati ini menahan rindu,ibu pasti terharu.tapi bukan niat aku untuk menjauhkan diri. Jika dahulu hampir setiap hari aku berkongsi cerita bersama ibu ayah.tapi kali ini.aku tak mampu lagi lakukan itu semua.ya ayah ya ibu.aku benar benar sibuk.urusan yang lebih besar dari urusan dunia.namun,nama kalian tak pernah pudar walau secalit.itu aku pasti.😢 Aku pergi hari ini kerana ingin nama ibu nama ayah berada di atas sekali nun di syurga paling tinggi.biarlah aku terus jadi anakanda yang berbakti kepada orang tua dengan cara yang samar- samar.aku mahu kita hidup di syurga bersama.ya bersama.☺ P/s:jangan bercerita perihal ibu ayah kamu depa...

JANGAN

Aku tak tahu bagaimana mahu menunjukkan reaksi muka apabila ditinggikan suara tepat dimuka ku. Bagaikan halilintar yang menembusi bumi,seperti itu hatiku tertahan peritnya. Aku tak pernah salahkanmu jika kau tuduh aku cengeng.tapi aku tak pernah butuh tengkingan itu kerna suara lembutmu itu bukan untuk dihias oleh akal amarah.aku pun tak pernah salahkanmu kalau kau tak mengerti aku.kerna sejujurnya sifat kita berbeda.cukup berbeda. Sejujurnya .aku memang tak boleh menerima keadaan sebegitu .sepertinya ada benda haluss yang menembusi ruang mataku saat hati ini terasa luluh.buatlah apa sahaja ,asalkan bukan dengan marah padaku, aku terima.kau fikir dengan marah kau boleh selesaikan semua?lebih depresi aku jadinya.Masalah takkan selesai kalau dalam keadaan tensi begini.cukuplah sekali ini.aku rimas. Mungkin kerana dosa aku begini.kembalilah.Dia lebih mendengar bukan.jangan khuatir kerna kau akan kembali tenteram setelah kau mengingat Dia dalam setiap peri dan tindak tandukmu.yakin dan...

KELIP KELIP

Sepanjang seminggu ini banyak pula perkara yang bikin kusut kepalaku,dengan masalah study yang tak habis habis,masalah kereta yang sering saja kehausan minyak,masalah diri yang tak pernah selesai,juga masalah dengan manusia yang jarang sekali wujud dalam perihal hidup aku. Aku tak mudah membenci manusia,apatah lagi berdendam.Walau segenggam ditabur rasa benci,marah, oleh mereka ,aku akan sedaya mampu hilangkan rasa sakit hati walau setitik.Tapi entah mengapa sejak kebelakangan ini,mudah saja rasa choleric ini menular,ego semakin membising,rasa marah yang entah dari mana tanpa segan silu membatasi diri.Ya tuhan,ini bukan aku. Apakah terlalu banyak sekali khilaf aku dengan manusia ,sehingga begini perilaku ku di hadapan mereka.Atau mungkin khilafku dengan Mu masih belum terlaksana sehingga mudah saja aku biarkan nafsu dan syaitan menguasai diri. Tapi aku yakin.terselit hikmah di sebalik semua dan kerana itu aku terlalu bersyukur kerana tuhan masih mahu menunjukkan sesuatu betul bet...

RISAU.

Kalau ada satu malam aku diberi peluang untuk berehat ,aku ragu betul untuk menjengah katil.takut-takut nafsu ini melebihi keperluan.walaupun mata ini dah pedih-pedih kemerahan,kepala ini sudah berpusar-pusar entah berapa kali.otak yang merayu-rayu untuk melabuhkan tirai,kaki yang seakan longlai meneruskan langkah.penat.ya.aku penat. Tapi. Terus aku terbayangkan kisah Murabbi teragung,Nabi ya rasul.rehat baginda dengan solat.Tak pernah merungut saat membina manusia.begitu juga hamzah.abu bakr.ali.zaid.umar.khalid. Bahkan sahabiyah pun turut bersama menuruti ,aisyah.sumaiyah.ummu sulaim.ummu salamah.khaulah.zainab. Mana mungkin penatku setara mereka.perjuangan ku .tak juga setara.pengorbanan ku.apakan lagi .jangan cerita. Layakkah aku wujudkan perkataan penat di sisi kamus hidupku?*sigh* Mana mungkin hidupnya islam hari ini kalau bukan sifat tidak pernah lelah mereka di atas.jadi mana mungkin hidupnya islam pada zaman anak mu jika  nak hidupkan Islam pada harini pun kau rasa b...