RINDU

Satu malam usai bangun dari tidur.
Aku terus gapai  phone.
Takut takut ada benda penting yang perlu disettlekan

Waduh! 6 missed call dari ibu.
Gawat ni.
Ku biarkan rasa mamai sosok tubuh.
Gagahkan juga untuk call semula ibu.
Satu ayat paling menyentuh jiwa.

"Susah ye nak call iffa,ibu sedih la."

Ibu.kalau ibu tahu parah jua hati ini menahan rindu,ibu pasti terharu.tapi bukan niat aku untuk menjauhkan diri.

Jika dahulu hampir setiap hari aku berkongsi cerita bersama ibu ayah.tapi kali ini.aku tak mampu lagi lakukan itu semua.ya ayah ya ibu.aku benar benar sibuk.urusan yang lebih besar dari urusan dunia.namun,nama kalian tak pernah pudar walau secalit.itu aku pasti.😢

Aku pergi hari ini kerana ingin nama ibu nama ayah berada di atas sekali nun di syurga paling tinggi.biarlah aku terus jadi anakanda yang berbakti kepada orang tua dengan cara yang samar- samar.aku mahu kita hidup di syurga bersama.ya bersama.☺

P/s:jangan bercerita perihal ibu ayah kamu depan aku.pasti mudah saja butir2 jernih ini melabuhkan isinya..sesungguhnya aku rindu.sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar