Maafkan.
Aku bukan seorang pelarian yang terjengah jengah akan mata pencarian. Aku bukan pelarian yang tersedan sedan mencari tempat berlindung. Aku bukan pelarian yang masih diundang rasa tak senang mencari tempat berteduh Bahkan bukan pula sang arjuna yang arif berpuisi kata kata nista Aku hanya si pengembara yang masih mencari cari titik identiti diri. Boleh saja di setiap perjalanan aku terjatuh Mungkin saja kerana terlalu kepingin tiba di destinasi ku, Aku berbuat silap di sepanjang jalan. Wajar saja aku berasa penat seakan akan mahu terus berbaring. Dan kadang kadang ,keadaan tak membenarkan untuk aku meneruskan perjalanan. Aku harus berhenti.haus. Aku diberi kekuatan. Tetapi kekuatan yang berilusi. Dari Dia disalurkan kepada dia. Untuk aku. Aku genggam seakan tak mahu lepaskan. Sedih.Tak selamanya aku bersama kekuatan itu. Maafkan aku. Kadang kerana kelemahan aku. Kau sakit Kadang kerana terjerat dengan alunan nafsu. Aku terusan tidur. Kadang kerana hembusan eg...