masih abadi.

Setiap kali jari jemari ini sedang asyik memainkan rentaknya.
entah kenapa sifat melancholy ku tersergam megah
sedangkan phlegmatic lebih memainkan peranan.
sedangkan aku ini introvert.
bukan itu point ku sebenarnya.bukan itu yang aku mahu nukilkan.

aku lebih tenang meluahkan di sini.
kerana tiada siapa tahu.
walhal mengenalku apakan pula.
kerana aku suka memerhati.


aku melihat dunia sebagai satu kilang gudang.
ramai manusia.penuh dengan kerja.
kadang tak peduli siapa di sebelah
kadang tak berganjak dari tempat asal.
kadang berdengkur pun tak pernah mengerti perasaan manusia lain.

anjing2 liar di luar kedengaran berteriak.
entah kenapa begitu lagatnya.
manusia di dalam tak pernah hirau.
kalau ada pun.
kau fikir seribu kali dahulu.

lewat malam baru kau pulang.
dan kau tak pernah kisah kerja kau berulang setiap hari
kau agungkan apa yang kau damba.
kau puja apa yang kau lihat.
sehingga kau lupa apa yang tak terlihat.

itulah dunia.
entah mengapa.saat ini manusia umpama tak mengenal diri sendiri.
kalau di dunia kau punya matlamat.
apa pula matlamat kau bila kembali ke rumah asal nanti?



kalau kau kenal aku.
aku takkan emosi begini.
aku begini kerana aku 'care'
kalau pun aku kenal kau.
aku takkan mudah menilai dari rupa kau.
tapi satu sahaja yang aku pinta.
jangan mudah jadi hakim untuk aku.










Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar