Maafkan.

Aku bukan seorang pelarian yang terjengah jengah akan mata pencarian.
Aku bukan pelarian yang tersedan sedan mencari tempat berlindung.
Aku bukan pelarian yang masih diundang rasa tak senang mencari  tempat berteduh
Bahkan bukan pula sang arjuna yang arif berpuisi kata kata nista
Aku hanya si pengembara yang masih mencari cari titik identiti diri.

Boleh saja di setiap perjalanan aku terjatuh
Mungkin saja kerana terlalu kepingin tiba di destinasi ku,
Aku berbuat silap di sepanjang jalan.
Wajar saja aku berasa penat seakan akan mahu terus berbaring.
Dan kadang kadang ,keadaan tak membenarkan untuk aku meneruskan perjalanan.
Aku harus berhenti.haus.
Aku diberi kekuatan.
Tetapi kekuatan yang berilusi.
Dari Dia disalurkan kepada dia.
Untuk aku.
Aku genggam seakan tak mahu lepaskan.
Sedih.Tak selamanya aku bersama kekuatan itu.
Maafkan aku.
Kadang kerana kelemahan aku.
Kau sakit
Kadang kerana terjerat dengan alunan nafsu.
Aku terusan tidur.
Kadang kerana hembusan ego.
Aku biarkan kau sendiri.
Maafkan aku.
Kadang aku biarkan waktu berlalu.
Sampai aku langsung tak sedar rupanya aku sudah sampai ke destinasi.
Sampai saat itu aku lupa untuk luahkan apa yang aku rasa.
Maafkan aku lagi.
Aku biarkan waktu berdetik lagi
Entah sampai bila.
Walau ketika dan saat itu kau sudah tiada.
Maafkan aku untuk kali ini.
Di atas kelemahan ku ini Dia kurniakan kekuatan yang kekadang langsung tak ku sedar.mujes gracias.
Bukan aku saja yang harus kuat.
Aku harap kau pun!





Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar