Berpinar

"Segunung kepingan dinar.
Tak mampu mengganti sinar cinta aku.
Selautan beras permata
Belum tentu dapat menggantikan perasaan kasih aku."

Bait-bait puitis cukup menggetarkan nurani si pembaca.cukup romantis untuk mencairkan hati yang sedang membuak buak rasa cinta.kasih.sayang.rindu.asyik.

Itu manusia.

Aku harap kau besarkan skop cinta yang kau sedang fikirkan sekarang.cuba dalami dan tadabbur sedikit bait bait di tersebut.jika di saat kau membaca hatimu terpaling kepada manusia.marahlah hatimu.sebab.kalau si dia yang kau selalu fikirkan .maka selalu lah lekat namanya di hati kau. Jika Dia yang selalu terpahat di hatimu.kau pasti serahkan bait ini untuk si Dia.istighfar 10 saat.

Aku juga manusia.layakkah aku menyerahkan rasa cinta aku kepada manusia sedangkan aku belum sebenar benar setia kepada sang pencipta.aku pun selalu jatuh.tapi saat aku jatuh.aku tak butuh lihat kau jatuh juga.sebab siapa mahu bangkitkan aku kalau bukan kau.layakkah aku memendam rasa rindu pada dia sedangkan rindu aku pada sebenar benar kekasih hanya setebal biji sawi.wajarkah aku menitiskan air mata kerana menahan rasa untuk bertemu sedangkan pertemuan bersama Khaliq pun seperti endah tidak endah.wajarkah aku berhias molek di hadapan dia meski pakai kain sembahyang pun terbalik saat berhadapan sang Rabb.termenung panjang juga aku.

Aku kira ramai punya masalah sebegini.kalau kau jua mengalami rasa yang sama seperti aku.cuma satu yang aku pinta.aku pesalah.kau jua pesalah.aku pendosa.kau pun.mohon taubat.Kerna Allah tak pernah kedekut menabur rahmat.sedangkan rahmatNya lebih besar dari murkaNya.kutip dan ragutlah walau seperti pengemis di jalanan akan rahmat Allah di sepuluh terakhir ramadhan ini.jangan salahkan pengemis di jalanan kerana mereka juga manusia.teruslah memberi.itu sunnah.hiraukan amukan dunia yang menghalang laluan pahala.itu urusan kau sama Allah.Dia lagi tahu.

Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈