BUKA MATA LUAS LUAS.
Ramadhan pertama berjauhan dengan family.sudah tentulah 'feel' nya berbeda sedikit. Hujan yang selama ini dinanti nanti di bumi kuala lumpur akhirnya tunduk jua membasahi bumi.seolah -olah mengerti perasaan aku saat ini.kalau sebelum ini aku berlagak biasa sahaja jikalau berbuka puasa di sekolah menengah waima sewaktu asasi pun.tetapi entah mengapa berbeza benar perasaan aku pertama kali berbuka berjauhan dengan keluarga tatkala degree . "Ahh air mata.jangan kau berani basahkan baju aku".cukuplah hujan lebat menggantikan perasaan aku.. Atau mungkin perasaan untuk menghadapi exam lagi.belum cukup.apakah aku sudah benar benar bersedia.ada lagi.adakah aku akan lulus .ataupun aku harus mengambil kertas ulangan.atau mungkin aku harus mengulang tahun.nauzubillah.lama aku termenung.Akhirnya aku menolak dengan kasar perasaan ini jauh jauh kerana kalau diikutkan tidak habis juga ulangkaji aku malam ini.esok exam. Wahai hati.tenang.tenang.sejak akhir akhir ini tadabbur ayat...