BUKA MATA LUAS LUAS.
Ramadhan pertama berjauhan dengan family.sudah tentulah 'feel' nya berbeda sedikit.
Hujan yang selama ini dinanti nanti di bumi kuala lumpur akhirnya tunduk jua membasahi bumi.seolah -olah mengerti perasaan aku saat ini.kalau sebelum ini aku berlagak biasa sahaja jikalau berbuka puasa di sekolah menengah waima sewaktu asasi pun.tetapi entah mengapa berbeza benar perasaan aku pertama kali berbuka berjauhan dengan keluarga tatkala degree .
"Ahh air mata.jangan kau berani basahkan baju aku".cukuplah hujan lebat menggantikan perasaan aku..
Atau mungkin perasaan untuk menghadapi exam lagi.belum cukup.apakah aku sudah benar benar bersedia.ada lagi.adakah aku akan lulus .ataupun aku harus mengambil kertas ulangan.atau mungkin aku harus mengulang tahun.nauzubillah.lama aku termenung.Akhirnya aku menolak dengan kasar perasaan ini jauh jauh kerana kalau diikutkan tidak habis juga ulangkaji aku malam ini.esok exam.
Wahai hati.tenang.tenang.sejak akhir akhir ini tadabbur ayat sering mengena aku.seakan akan mengejek akan aku yang selama ini banyak betul salah dan silapnya.*lap peluh*
Ditambah pula dengan perbualan aku bersama seorang senior final year tadi.
Aku:good luck yer esok kak.
Kak:esok akak tak ambil paper.akak kena barred.so akak tak boleh grad on time lah.
Aku:"alamak apa nak reply ni" ohh ye kee...
Apa yang mengejutkan aku lagi pabila tenang sahaja mukanya mengabarkan hal tersebut.aku pula yang terkejut lebih.itu aku bangga sama kau kakak.
Hidayah dan rahmat Allah tu kau boleh dapat di mana mana kalau kau mencari.Tahniah kerana di galas ujian seberat itu.aku kagum.aku pula yang menangis.
Sungguh aku benar benar terharu dengan khabar dari Tuhan.sungguh semangat aku kembali jernih dan walau apa yang menimpa.aku sanggup.doakan aku kawan.
Comments
Post a Comment