Entah

semalam.
aku terbangun dari mimpi
entah mengapa sukar benar mimpi hendak ditafsirkan.

sejenak aku terpalit dengan perasaan sendiri.
air mata entah bila kunjung tiba tanpa memberi salam.

emosi ini entah mengapa selalu mengada ngada
emosi ini selalu damba yang tidak tidak.
hati.
kamu tidak tenangkah?

jauh ku termenung nun di andalusia
tak jumpa juga jawapan pasti.
sosok tubuh mulai bergetar .
seakan mahu menyatakan hasrat hati.

mengapa selalu saja sisi gelapku bikin gelita.
sedangkan mulusnya sisi putihku tetap di sana.

benar mungkin.
nila setitik rosak susu sebelanga.
kerana gelap.
terus saja gulita.

Tuhan.
jangan sampai gulita hati ini menidakkan hadirmu dalam hatiku
jangan sampai gulitanya emosi ini membatasi pantas waktu seharusnya aku bersamaMu.

aku salah kerana tidak hadirkan Engkau dalam sangkar hati.
aku seperti melepaskan Mu bak burung terbang di angkasa.
sedangkan Kau pencipta segala.

Tuhan.
ampuni aku yang terlalu khilaf.
aku rebah dengan dunia.
bukan terkadang.
bahkan sering.
Teman.
Andai dunia ini bukan lagi tempat ku.
mohon doa yang berpanjangan

Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar