KELIP KELIP
Sepanjang seminggu ini banyak pula perkara yang bikin kusut kepalaku,dengan masalah study yang tak habis habis,masalah kereta yang sering saja kehausan minyak,masalah diri yang tak pernah selesai,juga masalah dengan manusia yang jarang sekali wujud dalam perihal hidup aku.
Aku tak mudah membenci manusia,apatah lagi berdendam.Walau segenggam ditabur rasa benci,marah, oleh mereka ,aku akan sedaya mampu hilangkan rasa sakit hati walau setitik.Tapi entah mengapa sejak kebelakangan ini,mudah saja rasa choleric ini menular,ego semakin membising,rasa marah yang entah dari mana tanpa segan silu membatasi diri.Ya tuhan,ini bukan aku.
Apakah terlalu banyak sekali khilaf aku dengan manusia ,sehingga begini perilaku ku di hadapan mereka.Atau mungkin khilafku dengan Mu masih belum terlaksana sehingga mudah saja aku biarkan nafsu dan syaitan menguasai diri.
Tapi aku yakin.terselit hikmah di sebalik semua dan kerana itu aku terlalu bersyukur kerana tuhan masih mahu menunjukkan sesuatu betul betul di hadapan aku.Ceritanya bermula ketika perjalanan yang mengambil selama 2 jam juga...ketika perjalanan ,aku ditakdirkan bertemu dengan sebuah kampung namanya kg.kelip kelip.Terus sahaja neuron neuron ku bersambung mengimbau kenangan ketika muda remaja.Hingusan lagi waktu itu yang pasti.ketika itu aku teringat sebuah iklan yang dipaparkan di stesen tv sehingga betul betul menarik minatku.Iklan yang menceritakan bagaimana indahnya cipataan kelip kelip sehingga mampu menerangi manusia di malam hari.SubhanAllah.

Sudahla rupa nya yang cantik.beri manfaat pula kepada makhluk sekeliling.
Terus terasa kerdilnya diri.Dalam keadaan yang tidak sempurna ini.mengapa lebih mencacatkan ketidaksempurnaan itu.Mengapa membiarkan virus negatif terus mengonggong sedangkan kita punya pilihan untuk bertindak positif?
Comments
Post a Comment