HUJAN DAN API
" Hidup ini memang memerlukan kita untuk lebih berfikir"
Kerana manusia ini sifatnya tergesa gesa (17:11),sebab itu kita perlu ambil masa untuk berfikir.Semoga Allah jaga hati hati kita.
Di saat kita sedang ralit dibuai mimpi,atau mungkin sedang asyik menikmati makanan yang enak enak,atau pun mungkin sedang happy bersama family, di luar sana ada orang yang tersesak-esak menangis kehilangan orang tersayang,ada orang yang mungkin sudah tiga hari tak jamah secubit nasi pun.Wallahu.
Kejadian hari ini memang betul-betul memberi kesan yang mendalam dalam diri aku.Tak tenang hati ini dibuatnya.Maka tak salah keputusan untuk aku keluar dari bilik.At least aku belajar sesuatu harini.Aku kira secara tak langsung Allah ingin mengajar aku sesuatu.
Kejadian berlaku di Flat PPR Kerinchi,Sebenarnya aku sedang menuju ke pasar malam berdekatan .Usai parking kereta berhadapan kedai makan,ada beberapa orang orang sekeliling menegur aku sambil mendongak ke atas.Dengan nada suara yang tidak berapa jelas,aku cuba amati tapi gagal juga.Akhirnya aku pun membuat keputusan memandang juga apa yang mereka cuba tujukan.
Flat terbakar! penuh kepulan asap beserta api yang semakin galak semarakkan diri.
Bayangkan tingkat paling atas sekali,bagaimana mungkin pihak bomba mampu memadamkan api.
Aku lihat disekeliling penuh manusia yang berkumpul di setiap sudut jalan memperlihat kejadian sambil berborak sesama mereka.
Yang terbayang dalam kepala aku waktu itu,bagaimana jika ada anak kecil yang penjaganya sedang tidur,bagaimana pula jika ada orang tua yang tak mampu untuk menguruskan diri sendiri.Aku jadi tak keruan sendiri.Yang aku harapkan semoga tuhan munculkan keajaiban.
Pada masa yang sama,aku sedih.aku sedih sebab tak mampu berfikir untuk bantu walau sedikit..haprak.
Lebih menyedihkan aku teruskan langkah menuju ke pasar malam.
Tapi jauh di sudut hati,aku asyik terfikirkan kejadian tadi,lebih lebih lagi kondisi mangsa kebakaran rumah tadi.
Beberapa minit setelah kejadian Allah turunkan hujan.
SubhanAllah.Kau tahu ,waktu itu aku rasa macam mahu sujud syukur sahaja.
Dengan harapan api akan surut secepatnya dan mangsa dapat dikeluarkan sepantasnya.
Lagi berdegup hati aku bila terdengar ambulans semakin mendekati kami.
Dengan harapan lagi siapa pun mangsa kejadian,mereka baik baik sahaja.
Doa.
Aku tahu kau takkan rasa sepertimana yang aku rasa.Nampak biasa kan.Sebab kebakaran boleh berlaku dekat mana mana pun.Tapi hari ini,Allah sentuh hati ini untuk lebih terasa.Terasa yang
- Hidup ini tak selamanya cerah,kadang kelabu,kadang gelap gulita.
- Kalau kita fikirkan manusia yang lebih susah,pasti kita akan besederhana dalam hidup.
- Miracle can happen,doa sungguh-sungguh.
- Hidup ini mengajarkan kita untuk selalu berfikir,
- Nikmat yang Allah turunkan ni bukankan untuk disyukuri?
- Aku mesti kembali kepada apa yang sebenarnya aku perlukan,bukan apa yang aku mahukan.
Kerana manusia ini sifatnya tergesa gesa (17:11),sebab itu kita perlu ambil masa untuk berfikir.Semoga Allah jaga hati hati kita.
Comments
Post a Comment