Mungkin

Tatkala hujan menimpa bumi
Tatkala itu hati ini sedih dan sebak sekali,
Diri ini sentiasa berharap dengan dugaan yang sering menghalang kelancaran perjalanan hidup
menjadi wasilah untuk aku mencari setitik rinduNya,
Biarlah hanya dengan setitik kasih dari Nya
Namun
Mampu membuat ku tersenyum puas.
Setidak tidaknya ,
Aku tidak mengharap cinta kasih yang belum pasti aku miliki
Bukan cinta yang kekal abadi
Bukan juga cinta yang sempurna,
Satu kata.
Sedih.
Mungkin salah aku yang tak pernah cuba untuk mengingatkan kau tentang cinta hakiki yang selayaknya kau miliki,
Aku tak sempurna teman,
Dan ketidaksempurnaan inilah yang mengajarkan aku untuk terus dan terus mencari Dia,
Aku mahu mengajakmu,
Aku mahu menarikmu,
Atas kelemahan ku ini
Aku tidak berdaya.
Sungguh.

SubhanAllah,
Betapa hati ini luluh dan sedih

Ya Tuhan,jagalah hati-hati kami yang seringkali bermaksiat kepadamu ini
Engkau tidak putus putus memberi nikmat sedngkan kami masih lagi berkhianat,
Engkau terusan menduga kami ,namun kami berpaling,sedangkan itu tanda rinduMu pada kami,Ampun kan kami insan yang ingin selalu bertaubat

Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar