Biarkan

Biarkan aku di sini.
Sudah.jangan hiraukan aku.
Biarkan melancholy ku ini menjalar.
Sudah ku bilang.
Kita takkan pernah serupa.
Jalan kita cukup berbeza.
Meski hati menafikan.
Meski raga dihentam air mata.
Meski pahit untuk aku telan.

Kau tak faham aku.
Langsung.
Sumpah.aku tak pernah menolak takdir hakiki.
Ingin sahaja aku kembali seperti dahulu.
Tapi.
Itu zaman hitam aku.
Wajar sahaja aku ronyok dan ku buang jauh.
Tapi sejarah tentang kau aku masih simpan rapi.
Entah kenapa secalit fikirku tak pernah untuk buang kau jauh .
Masih dekat.
Lebih dekat.

Bila saja Aku kembali ke alam benar.
Ingin sahaja aku meronta.
Tuhan.
Aku bukan siapa siapa di dunia.
Aku selalu minta bukan bukan
Dan Kau
selalu tahu apa yang aku perlu.

Tapi yang satu ini.
Hati aku menangis laju untuk membiarkan pergi
Susah untuk aku biarkan.
Meski aku tahu aku takkan pernah dapat

Aku bukan mengarang lagu
Jauh sekali sebuah puisi.
Ini hanya nukilan hati.
Dari insan seperti aku.
Untuk manusia yang terasa seperti kamu.

Fahamilah aku.
Meski dalam diam.
Mungkin itu yang terbaik barangkali.
Kekadang aku lemah menafsir hati sendiri
Sampai satu saat
Aku buntu.
Aku sesat.

Kau mungkin jalan yang aku cari.
Tapi.
Entahlah kawan.
Aku masih lagi buntu.






Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar