AKU DAN BORNEO

25.4.14 till 27.4.14

"Permulaan yang baik selalu dihàrapkan dengan pengakhiran yang baik juga."

Pengembaraan dunia yang aku kira cukup manisnya dan cukup juga sedihnya.kalau dihitung hitung,memang tiada langsung keinginan ku untuk kesana.tetapi force apa entah yang menolakku sehingga menjadikan aku ghairah betul untuk menjejakkan kaki ke sana.

Memang.sangkaan aku tak meleset.langsung.

Pertemuan dengan akhwat2 terchenta menjadikan semangat aku terus pula terbooster umpama gunung berapi yang sedang meletus.nah.begitulah analoginya.perkara pertama yang membuatku terpegun plus terpana adalah senibina UNIMAS sendiri.sungguh tidak kusangka pandangan pertama ku menimbulkan bibit-bibit cinta sehingga sukar ku kikis sampai sekarang.hebatkan penangan cinta UNIMAS berikan untuk aku.nah.ibaratnya dua pasangan yang baru jatuh cinta pula.sudahla bangunan yang cantik .ditambah pula dengan sikap peramah akhwat unimas membuat aku rasa untuk terus stay di sana.fuh.impposible tu cik tarbiyah.aku terus terfikir.. seandainya akhwat unimas datang ke universiti malaya sudah tentu mereka pun kagum dengan seni bina di um..jadi bagi aku possible je menjadi rusa masuk kampung sekejap.dan lama kelamaan rasa itu akan hilang.umpamanya apabila pertama kali jalan jauh dari kolej ke faculty.namun apabila sudah terbiasa.rasa jauh itu akan hilang automatically.jadi mudah saja bagi aku.hargai selagi sesuatu itu ada di depan mata kerana mungkin sesuatu itu tidak bermakna untuk kita pada hari ini dan kita takkan pernah tahu apa yang akan terjadi pada esok harinya..
Pada pandangan manusia lain sesuatu itu sangat berharga sehinggakan pada suatu saat kita aka berasa sungguh menyesal kerana melepaskan sesuatu itu ke tangan manusia lain.hah.pening sudah.tapi itulah hakikat duniawi yang aku harus terima.

Sebenarnya banyak lagi hembusan nikmat Allah kurniakan kepada aku sewaktu di sarawak sehinggakan aku rasa tidak cukup ruang untuk menulis di sini.tapi tidak mengapalah .mungkin rezeki penulisan ku akan tiba nanti.cumanya,kalau kau jadi aku.ingin saja kau menangis di hadapan Allah sekarang ini mengenangkan betapa pemurahnya Allah dan betapa tamaknya manusia.'tamak'nya manusia kerana berusaha untuk membantu saudaranya sendiri. 'Tamak'nya manusia kerana sanggup berhabisan for the sake of You.Allah. 'tamak'nya manusia kerana biarkan fitnah dunia menghambur kerana itu bukan indicator untuk kau masuk ke syurga pun.

Mengenangkan nasib akhwat akhwatku di sana menjadikan aku terpana kerana aku bukan di tempat mereka diuji sebegitu rupa.moga dengan kedatangan aku ke sana walaupun tidak sebesar biji sawi tapi cukuplah sebesar atom khidmat bantuan yang aku hulurkan untuk mereka.aku kagum.mereka masih tersenyum walau pahit.aku terfikir lagi.aku bukan di tempat mereka dan jika aku diuji sebegitu.mampukah aku.?

Aku pun tidak sehebat abu bakr menginfakkan seluruh harta untuk Allah dan tinggalkan keluarga tanpa sedikit harta kerana yakin Allah adalah sebaik baik tempat penjagaan.SubhanAllah.sungguh kebergantungan hidup sepenuhnya kepada Allah yang dipamer abu bakr r.a hebatnya tidak dapat ku bayangkan.
Aku terfikir lagi dan lagi.apa sangatlah yang aku infakkan untuk Allah sedangkan aku masih lagi berkira kira untuk berkorban.sedangkan aku bukanlah manusia dijanji syurga .aku hanya manusia kerdil penuh dosa noda dan kadang kala selalu terlepas dari path yang sepatutnya.tapi atas rahmat dan taufiq Allah masih lagi beri aku peluang untuk terus merasa nikmat dan perbaiki mana yang salah.

Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar