Bukan aku yang pegang.
Waktu boleh merubah segala.
Kerana itu .
Aku takut merancang.
Takutnya seperti mangsa yang sedang menunggu jadi bahaman pemangsa.
Kalau tak merancang
Bukankah hidup umpamanya lifeless.
Sepertinya tiada arah tujuan.
Kembali pula aku ke alam nyata.
Sudah.
"Merancanglah hidupmu dan jangan takut jika maha perancang segala tidak berkenan kerna kau bakal bertemu sesuatu yang baru yang kau sendiri tak pernah terjangka.asyik bukan?"
Termenung lama juga aku.
Jauh di lubuk hati sanubari.
Mahu sahaja aku ikutkan kata hati dan nafsu.
Tapi mungkin kerana Dia makbulkan doaku.
"Ya Rabbana,Jagalah hatiku dari maksiat yang terlihat sedang banyak sungguh dosaku untuk maksiat
tak terlihat"
Nafsu nafsi merancang untuk bertemu.
Tapi doaku lebih kuat dari perisai segala nafsu
Bukankah doa itu senjata mukmin.?
Kerana itu aku perlu kuat.
Dan bukankah distance makes hearts grow fonder.?
Ajaibnya Dia takpernah menciptakan pertemuan selepas pertemuan pertama walaupun jarak kami hanya sejengkal tapak tangan.
Kerana itu aku bersyukur lagi.
Ajaibnya Dia tak pernah ciptakan pertemuan itu setelah pertemuan pertama sekalipun dia mencariku dan aku mecarinya.
Cukuplah sekalii itu saja tautan mata itu bersatu.
Kiriman salam pun usah dibalas.
Apalagi kiriman surat.
Jangan pula melayan di laman sosial.
Biarkan walau dia menjadi buah mulut ibu ayahmu.
Hati senyum.
Wahai hati bertahanlah untuk sedikit waktu lagi
Bertahanlah untuk sesuatu yang terbaik sedang setia menanti.
Apapun itu.
Aku berserah pada takdir dan kehendak.
Aku hanya merancang untuk menjaga hati.kerana tidak pula aku pasti adakah aku sanggup menunggu 3 atau 4 tahun lagi.kalau lah aku pergi duluu..bukankah penantian aku sia sia.
Sudahlah.yakin sahaja dengan Allah.
Comments
Post a Comment