Cukup

Jalan yang aku pilih ini membutuhkan aku untuk selalu bertahan walau sejengkal.waima secubit.
Bukan sahaja bertahan dengan nafsu diri.tetapi bertahan dengan watak sekeliling.
Tipulah kalau diri ini tak pernah rasa dihimpit dan dibelit perasaan sukar.
Perasaan yang terkadang sukar dimengerti.
Terkadang tidak mengerti juga aku dengan diri sendiri.

Watak yang aku lakonkan ini terkadang bukan dari pilihan hati.
Aku tak minta untuk rasa terpinggir.
Tetapi keadaan sekeliling seolah olah memaksa aku untuk lari dari surrounding yang aku anggap suatu disaster.

Aku akan menangis kalau terus berdiam.
Aku akan makan hati kalau sedikitpun tiada anjakan
Lebih baik aku pergi
Kerana itu aku berlari dan terus melangkah mencari sesuatu yang pasti.

Aku tak salahkan sesiapa.
Kerana diri sendiri yang berhak dituding jari.aku tak minta ditimang dimanja.
Tapi cukup sekadar kau dapat merasakan kewujudan aku di sisi.

Senyum..

Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar