Hidup tak lama

Malam ini malam special kata mereka.
Malam penuh warna warni
Malam penuh suka.tiada duka.langsung.

Tetapi malam ini malam sedih bagi aku
Sebab aku takut.
Takut takut kerana malam ini mungkin menjadi saksi aku ditarik ke neraka
Kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai umat.

Aku resah.
Mutiara kian jatuh.
Aku hampa.
Di saat insan2 lemah menjadi pujaan hati manusia.
Di mana letaknya sang pencita hatihati yang lemah itu.
Mana mungkin cinta dibahagi.
Mana mungkin ada dua rongga dalam satu hati.
TIDAK.

Hati bertambah pilu.
Melihat aksi pemuda pemudi zaman ini.
Terkorban kerana metamphamine.
Hati aku kian robek.
Bukan kecil.tapi sudah kronik robekannya.
Jadi hamba dunia kau dapat dunia.
Jadi hamba akhirat kau dapat dua dua.
Kau nak mana satu?

Malam ini Rasululluah mungkin sedang beribadah sehingga bengkak2 kaki baginda
Itu ekspresi syukur baginda
Tetapi malam ini umat baginda terusan mencari dunia.
Itu tanda syukur mungkin.entahlah

Mata dunia.
Telinga dunia.
Hati pun dunia.

Andai Rasulullah melihat kondisi umat masa kini.
Aku sendiri pun malu menunjuk muka.
Bibir ucapkan rindu.
Tetapi tidak selari dengan perbuatan.cross.
Aku malu sebenarnya jika saat ini Rasulullah melihat kami.
Aku buntu mahu jawab apa.resah mahu lakukan apa.andai Rasulullah menangis melihat kami.

Tertegaknya Islam dahulu bukan bermakna Islam akan sentiasa tertegak.
Kami mahukan hamasah asy syabab.
Pemuda yang berjiwa sultan al fatih.hassan al banna.muaz bin amr.muaz bin afra..
Impossible kata mereka.
Tidak mengapa ...mungkin setidak tidaknya pemuda berjiwa Islam
Bukan pada nama
Bukan pada i/c
Tapi pada hati.

Saudaraku.
Kerana kita bersaudara .
Aku sayangkan kau.



Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar