BERDIRI

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup dekat dengan Allah.tetapi hakikatnya kita jauh.ya.jauh sekali...
Kadang -kadang kita rasa baca Al-quran.berzikir.berselawat.bertahajud.solat sunat dan seangkatan dengannya manjadikan kita dekat denganNya.Tetapi..realitinya kita sebenarnya jauh  ..kerana apa..tepuk dada tanyakan iman..mungkin semuanya bermula dengan hati.ya.ikhlas.

Dengan dugaan yang bertimpa timpa itulah atara 'signal' yang Allah kirimkan sebagai tanda rindu kerana apa?kerana hambanya sudah jauh ..juga kerana sayangnya Dia kepada kita ...datanglah dugaan.teringat pula kata kata seorang akhwat ini.
"kamu sepatutnya lebih risau kalau Allah tak turunkan dugaan sebab itulah tanda tanda Dia melupakanmu"..sentap juga hati ini tatkala mendengarnya..

Dan aku.lemah.ya.lemah.seringkali sahaja membuat khilaf mungkin kerana itu pintu taubat tidak pernah ada expired date...sehinggalah malaikat maut datang menjemput.

Mujur sahaja ada teman teman yang menjadi kiriman Allah menguatkan aku.sekali gus timbul rasa syukur dalam diri.Alhamdulillh.

Tetapi teman,
Diri ini bukan boleh sentiasa berlagak 'cool' seperti yang engkau inginkan.
Diri ini ada juga sifat rajuknya .
Ada juga sifat ingin menyendiri.
Bukan diri ini berubah.
Tetapi ...
Hati ini lebih mencari Dia
yang sebenarnya kian jauh...



Comments

Popular posts from this blog

Meroyan.

PELANGI 🌈

Berpinar